Selamat Datang ke Blog Rasmi Pusat Sumber Baitul Hikmah SRABBP

pssrabbp.blogspot.com | fb.com/pssrabbp

Ujian Prestasi 1

Selamat menduduki UP1 yang dijadualkan bermula 9 hingga 13 Mac 2015.

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) 2015

19 hingga 23 Mac 2015 @ Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

24 April hingga 5 Mei 2015

Jom baca buku

Membaca itu bukan sekadar suruhan tetapi tuntutan yang sangat agung daripada Yang Maha Agung.

Pages

Sedang dalam percubaan


Sumbangan Terawal

Terima kasih atas sumbangan orang ramai.

Insya-Allah, dalam masa terdekat, Unit Pusat Sumber (UPS) akan membuka ruang kepada orang ramai, khususnya ibu bapa untuk menyumbang sekadar yang mampu untuk membantu pihak sekolah dan UPS dalam proses mewujudkan sebuah pusat sumber.

Insya-Allah, UPS akan melaksanakan Program 1Murid 1Buku, menunggu untuk diluluskan.

"Selangkah ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan, Bertambah Kebijaksanaan."

Penyelaras Pusat Sumber,
SRA Bandar Bukit Puchong.

25 Januari 2015

https://www.facebook.com/pssrabbp/photos/a.596369593798432.1073741829.593982664037125/596367057132019/

Pusat Sumber Sementara Diwujudkan

Selepas berbincang bersama GPK HEM dan mendapat kelulusan daripada Puan Guru Besar, Unit Pusat Sumber (UPS) akan menggerakkan Pusat Sumber Baitul Hikmah di lokasi sementara di aras 2 bersebelahan bilik pusat sumber yang sepatutnya.

Untuk Fasa pertama, UPS akan berusaha untuk mewujudkan sebuah perpustakaan kecil serta melantik beberapa orang jawatankuasa untuk menggerakkannya.

Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam bentuk material dan kewangan untuk pembangunan pusat sumber ini.

Terima kasih.

Penyelaras,
Unit Pusat Sumber,
SRA Bandar Bukit Puchong.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.594354600666598.1073741828.593982664037125